Friday, October 22, 2010

Proses yang berlaku di dalam organisma unisel

- Proses-proses yang dilakukan oleh organisma hidup adalah :
- Makan
- bernafas
- membuang bahan buangan
- bergerak
- bertindak balas terhadap rangsangan


Amoeba


- Habitat - tasik, kolam, paya
- Pergerakan - menggunakan psuedopodia
- untuk bergerak ke depan boleh meregangkan pseudopodia di bahagian depan dan
pseudopodia yang di bahagian belakang melekat pada tanah

- Kaedah mendapatkan makanan secara fagositosis (menelan makanan)
- ia akan mendekati makanan dan pseudopodia akan mengunjur keluar dan menutupi
makanannya
- Partikel makanan akan dibungkus ke dalam vakuol makanan
- partikel makanan akan dihadam dengan menggunakan enzim hydrolyctic yang dikeluarkan
oleh lisozom



- nutrients akan diasimilasi setelah ianya meresap di dalam sitoplasma
- proses respirasi tanpa organ khas untuk pernafasan. Gas oksigen dan karbon dioksida boleh
meresap masuk dan keluar melalui membran plasma


- air yang masuk secara berlebihan ke dalam sel akan dikeluarkan oleh contractile vacuole
- amoeba akan bergerak menjauhi cahaya dan keadaan berasid
- pembiakan melalui belahan dua (jika terdapat banyak makanan) dan melalui spora (jika
makanan kurang)




Paramecium sp



- Habitat - di kawasan air tawar
- pergerakan - melalui pergerakan cilia yang beritma, bergerak ke depan dengan berputar di
sekeliling paksinya
- Mendapatkan makanan dengan menggunakan pergerakan cilianya untuk menghasilkan arus
air ke arah mulutnya dan membawa makanan cytostome
- makanan kemudiannya dibungkus di dalam vakuol dan dihadamkan oleh enzim hydrolyctic
- makanan yang telah dihadam akan diserap ke dalam sitoplasma

- respirasi tidak memerlukan organ khas hanya melalui resapan melalui plasma membran
- bahan buangan juga dikeluarkan melalui proses resapan
- proses osmoregulasi pula dijalankan oleh contractile vacuole

- ia sensitif terhadap rangsangan seperti rangsangan kimia, karbon dioksida, oksigen, sentuhan,
cahaya dan juga suhu

- kaedah pembiakan :
1. belahan dua ( keadan yang sesuai)
2. konjugasi (keadaan yang kurang sesuai)


Kloroplas


- Mengandungi klorofil
- Klorofil menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia di dalam proses fotosintesis

Sentriol


- terdiri daripada mikro tubul
- hanya terdapat pada sel haiwan
- fungsi - membentuk spindle fibre semasa proses pembahagian sel

Thursday, October 21, 2010

Lysosomes


- mengandungi hydrolyctic enzim
- enzim ini berfungsi untuk memecahkan molekul organik yang kompleks kepada bentuk yang
lebih ringkas
- contoh molekul organik yang kompleks seperti protein dan lipid
- ia juga berfungsi untuk memusnahkan organel yang lama dan juga sel- sel lama

Golgi Apparatus


- Fungsinya adalah untuk :
1. memproses protein yang dihasilkan
2. membungkus protein yang terhasil
3. mengangkut protein yang dihasilkan

Endoplasmic reticulum


- terdapat dua jenis endoplasmic reticulum iaitu :
1. Endoplasmic reticulum kasar
2. Endoplasmic reticulum halus


- Endoplasmic reticulum kasar :
- Mempunyai ribosome yang meliputinya
- berfungsi dalam mengangkut protein yang disintesis oleh ribosome

- Endoplasmic reticulum halus :
- fungsinya untuk mensintesiskan lipid dan juga menyahtoksikan dadah dan bahan-bahan
yang terhasil melalui metabolisma

Ribosom


- terdiri daripada RNA dan juga protein
- fungsinya adalah untuk mensintesiskan protein

Mitokondria


- Mitokondria merupakan tempat respirasi sel berlaku
- Ianya menjana tenaga bagi sel dalam bentuk ATP
- Tenaga dihasilkan melalui pengoksidaan glukos

Nukleus


- Komponen-komponen nukleus :
1. Dinding nukleus
2. Nukleolus
3. Kromatin

- mengandungi DNA yang membawa maklumat genetik sesuatu organisma hidup
- DNA juga mengawal segala aktiviti sel

Wednesday, October 20, 2010

Vakuol


- terbina daripada lapisan yang dipanggil tonoplas
- mengandungi cecair
- bersifat separa telap
- Fungsi :
1. menyimpan bahan-bahan seperti asid amino, oksigen, karbon dioksida, bahan buangan,
asid organik dan gula
2. menyerap air dan membantu pemanjangan sel

Dinding sel


- Dinding sel terbentuk daripada selulos
- Ianya telap kepada cecair kerana mempunyai lubang-lubang halus
- Fungsi :
1. mengekalkan bentuk kepada sel.
2. memberikan sokongan mekanikal kepada tumbuhan
3. mengelakkan sel tumbuhan daripada meletus

Sitoplasma


- sitoplasma adalah kawasan yang meliputi bahagian dalam sel yang bersifat seperti jeli /
agar-agar
- Di bahagian sitoplasma terdapat pelbagi jenis organel
- Fungsi :
- tempat di mana tindak balas biokimia berlaku di dalam sel
- membekalkan bahan-bahan untuk organel yang datangya dari luar sel

Plasma membran

Fungsi plasma membran :
1. sebagai lapisan pemisah yang memisahkan antara kandungan di dalam sel dan sekitarannya
2. Mengawal keluar masuk bahan ke dalam dan keluar sel
3. Membenarkan pertukaran gas, nutrien dan bahan buangan ke dalam sel





- Terbentuk daripada phospholipid dan protein
- bersifat separa telap iaitu hanya membenarkan bahan-bahan tertentu sahaja melaluinya

Tuesday, October 19, 2010

Sel haiwan dan Sel tumbuhan

P

Perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan
- Sel tumbuhan :
1. Mempunyai kloroplas
2. Mempunyai dinding sel
3. Mempunyai vakuol yang besar

- Sel haiwan :
1. tiada kloroplas
2. Tiada dinding sel
3. Kebanyakan tidak mempunyai vakuol

Monday, October 18, 2010

Sel






- Sel merupakan unit asas bagi kehidupan.
- Semua organisma hidup terbina daripada sel.
- Struktur asas sel dipanggil sebagai protoplasma
- Protoplasma terbina daripada sitoplasma dan nukleus

- sel mengandungi nukleus yang dikelilingi oleh sitoplasma
- Bahan-bahan yang terkandung di dalam nukleus dikenali sebagai nukleoplasma
- setiap sel dikelilingi oleh plasma membran
- Pada sitoplasma terdapat struktur yang dikenali sebagai organel.
- Terdapat pelbagai jenis organel di dalam sitoplasma yang menjalankan fungsi-fungsi yang
khusus di dalam sel

- Struktur asas sel terdiri daripada :
1. nukleus
2. Sitoplasma
3. Plasma membran

- terdapat perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan