Friday, April 29, 2011

Pembiakan dan Pertumbuhan

Kepentingan pembiakan :
1. Memastikan spesies tidak pupus
2. Menurunkan maklumat genetik kepada generasi yang baru

Jenis-jenis pembiakan :
1. Pembiakan seks
2. Pembiakan aseksual

Pembiakan seks
- Melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina melalui proses persenyawaan untuk membentuk zigot diploid

Pembiakan Tanpa Seks
- Proses pembentukan individu baru tanpa melibatkan pembentukan gamet. Ianya hanya melibatkan satu individu sahaja untuk membentuk individu baru
- tiada penyatuan gamet jantan dan betina

Wednesday, November 10, 2010

Organisasi sel haiwan

Jenis-jenis tisu haiwan

1. Tisu epitelial
2. Tisu otot
3. Tisu penghubung
4. Tisu saraf

Tisu Epitelial

- tersusun sangat rapat
- Membentuk lapisan dalam sistem penghadaman dan lapisan luar kulit
- Boleh membentuk kelenjar



Tisu Otot

- mempunyai sel-sel yang memanjang dipanggil gentian otot
- Jenis-jenis tisu otot:
1. otot licin
2. otot rangka
3. otot kardiak

Otot licin
- berfungsi dalam pergerakan luar kesedaran manusia seperti pengecutan saluran makanan
secara peristalsis

Otot rangka
- berfungsi dalam pergerakan yang terkawal seperti otot kaki dan tangan

Otot jantung
- otot yang menggerakkan jantung
- pergerakannya tidak boleh dikawal


Tisu saraf

- terdiri dari neuron (sel saraf)
- berfungsi untuk menghantar impuls / isyarat


-

Friday, November 5, 2010

Kepentingan organisasi sel dan pengkhususan sel

- Pengkhususan sel amat penting bagi organisma multisel kerana saiznya yang besar memerlukan pelbagai jenis tisu dan organ bagi memastikan fungsi tubuhnya dapat berjalan dengan sempurna

- pengkhususan dan organisasi sel membolehkan fungsi yang spesifik dapat dijalankan oleh satu kumpulan sel sahaja dan bukan keseluruhan sel

- ianya juga dapat memastikan proses yang berlaku di dalam organisma multisel berjalan secara sistematik

- organisma multisel dapat menjalankan pelbagai aktiviti dengan teratur

- kadar pertumbuhan organisma akan meningkat

Indeks

1. Sel
2. Sel haiwan dan sel tumbuhan
3. Plasma membran
4. Sitoplasma
5. Dinding sel
6. Vakuol
7. Nukleus
8. Mitokondria
9. Ribosom
10. Endoplasmic reticulum
11. Golgi apparatus
12. Lysosomes
13. Sentriol
14. Kloroplas
15. Jumlah organel tertentu di dalam sel
16. Proses yang berlaku di dalam organisma unisel
17. Kepentingan organisasi sel dan pengkhususan sel
18. Organisasi sel

Pembiakan dan Pertumbuhan
1. Sistem Pembiakan Lelaki

Tuesday, November 2, 2010

Pengkhususan sel dalam organisma multisel

- organisma multisel terbentuk dari hanya satu sel sahaja iaitu zygot
- zygot akan membahagi dan membentuk lebih dari satu sel yang dipanggil embrio
- embrio akan membahagi untuk membentuk lebih banyak sel.
- Sel yang banyak di dalam embrio akan mengalami pengkhususan untuk membentuk pelbagai
jenis sel yang mempunyai fungsi yang berlainan

Tisu
-
terbentuk apabila sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan menjalankan fungsi yang khusus

Organ
- terbentuk dari sekumpulan tisu yang berkerjasama dan menjalankan fungsi yang sama

Sistem
- terbentuk dari beberapa organ yang menjalankan fungsi yang khusus

Friday, October 22, 2010

Proses yang berlaku di dalam organisma unisel

- Proses-proses yang dilakukan oleh organisma hidup adalah :
- Makan
- bernafas
- membuang bahan buangan
- bergerak
- bertindak balas terhadap rangsangan


Amoeba


- Habitat - tasik, kolam, paya
- Pergerakan - menggunakan psuedopodia
- untuk bergerak ke depan boleh meregangkan pseudopodia di bahagian depan dan
pseudopodia yang di bahagian belakang melekat pada tanah

- Kaedah mendapatkan makanan secara fagositosis (menelan makanan)
- ia akan mendekati makanan dan pseudopodia akan mengunjur keluar dan menutupi
makanannya
- Partikel makanan akan dibungkus ke dalam vakuol makanan
- partikel makanan akan dihadam dengan menggunakan enzim hydrolyctic yang dikeluarkan
oleh lisozom



- nutrients akan diasimilasi setelah ianya meresap di dalam sitoplasma
- proses respirasi tanpa organ khas untuk pernafasan. Gas oksigen dan karbon dioksida boleh
meresap masuk dan keluar melalui membran plasma


- air yang masuk secara berlebihan ke dalam sel akan dikeluarkan oleh contractile vacuole
- amoeba akan bergerak menjauhi cahaya dan keadaan berasid
- pembiakan melalui belahan dua (jika terdapat banyak makanan) dan melalui spora (jika
makanan kurang)




Paramecium sp



- Habitat - di kawasan air tawar
- pergerakan - melalui pergerakan cilia yang beritma, bergerak ke depan dengan berputar di
sekeliling paksinya
- Mendapatkan makanan dengan menggunakan pergerakan cilianya untuk menghasilkan arus
air ke arah mulutnya dan membawa makanan cytostome
- makanan kemudiannya dibungkus di dalam vakuol dan dihadamkan oleh enzim hydrolyctic
- makanan yang telah dihadam akan diserap ke dalam sitoplasma

- respirasi tidak memerlukan organ khas hanya melalui resapan melalui plasma membran
- bahan buangan juga dikeluarkan melalui proses resapan
- proses osmoregulasi pula dijalankan oleh contractile vacuole

- ia sensitif terhadap rangsangan seperti rangsangan kimia, karbon dioksida, oksigen, sentuhan,
cahaya dan juga suhu

- kaedah pembiakan :
1. belahan dua ( keadan yang sesuai)
2. konjugasi (keadaan yang kurang sesuai)


Kloroplas


- Mengandungi klorofil
- Klorofil menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia di dalam proses fotosintesis