Kepentingan pembiakan :
1. Memastikan spesies tidak pupus
2. Menurunkan maklumat genetik kepada generasi yang baru
Jenis-jenis pembiakan :
1. Pembiakan seks
2. Pembiakan aseksual
Pembiakan seks
- Melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina melalui proses persenyawaan untuk membentuk zigot diploid
Pembiakan Tanpa Seks
- Proses pembentukan individu baru tanpa melibatkan pembentukan gamet. Ianya hanya melibatkan satu individu sahaja untuk membentuk individu baru
- tiada penyatuan gamet jantan dan betina