Wednesday, November 10, 2010

Organisasi sel haiwan

Jenis-jenis tisu haiwan

1. Tisu epitelial
2. Tisu otot
3. Tisu penghubung
4. Tisu saraf

Tisu Epitelial

- tersusun sangat rapat
- Membentuk lapisan dalam sistem penghadaman dan lapisan luar kulit
- Boleh membentuk kelenjar



Tisu Otot

- mempunyai sel-sel yang memanjang dipanggil gentian otot
- Jenis-jenis tisu otot:
1. otot licin
2. otot rangka
3. otot kardiak

Otot licin
- berfungsi dalam pergerakan luar kesedaran manusia seperti pengecutan saluran makanan
secara peristalsis

Otot rangka
- berfungsi dalam pergerakan yang terkawal seperti otot kaki dan tangan

Otot jantung
- otot yang menggerakkan jantung
- pergerakannya tidak boleh dikawal


Tisu saraf

- terdiri dari neuron (sel saraf)
- berfungsi untuk menghantar impuls / isyarat


-

Friday, November 5, 2010

Kepentingan organisasi sel dan pengkhususan sel

- Pengkhususan sel amat penting bagi organisma multisel kerana saiznya yang besar memerlukan pelbagai jenis tisu dan organ bagi memastikan fungsi tubuhnya dapat berjalan dengan sempurna

- pengkhususan dan organisasi sel membolehkan fungsi yang spesifik dapat dijalankan oleh satu kumpulan sel sahaja dan bukan keseluruhan sel

- ianya juga dapat memastikan proses yang berlaku di dalam organisma multisel berjalan secara sistematik

- organisma multisel dapat menjalankan pelbagai aktiviti dengan teratur

- kadar pertumbuhan organisma akan meningkat

Indeks

1. Sel
2. Sel haiwan dan sel tumbuhan
3. Plasma membran
4. Sitoplasma
5. Dinding sel
6. Vakuol
7. Nukleus
8. Mitokondria
9. Ribosom
10. Endoplasmic reticulum
11. Golgi apparatus
12. Lysosomes
13. Sentriol
14. Kloroplas
15. Jumlah organel tertentu di dalam sel
16. Proses yang berlaku di dalam organisma unisel
17. Kepentingan organisasi sel dan pengkhususan sel
18. Organisasi sel

Pembiakan dan Pertumbuhan
1. Sistem Pembiakan Lelaki

Tuesday, November 2, 2010

Pengkhususan sel dalam organisma multisel

- organisma multisel terbentuk dari hanya satu sel sahaja iaitu zygot
- zygot akan membahagi dan membentuk lebih dari satu sel yang dipanggil embrio
- embrio akan membahagi untuk membentuk lebih banyak sel.
- Sel yang banyak di dalam embrio akan mengalami pengkhususan untuk membentuk pelbagai
jenis sel yang mempunyai fungsi yang berlainan

Tisu
-
terbentuk apabila sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan menjalankan fungsi yang khusus

Organ
- terbentuk dari sekumpulan tisu yang berkerjasama dan menjalankan fungsi yang sama

Sistem
- terbentuk dari beberapa organ yang menjalankan fungsi yang khusus